Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang
Kepentingan Makanan
Berkhasiat
Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari
akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan
yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan
penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan
makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
mengatakan,
“ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda
Makan ”
kenyataan
ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia
dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat
daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama
ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber
dari berita harian
Makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.
Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program
dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
1.
Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh
badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan
yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini
menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik
dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2.
Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan
vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.
Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang
itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai
kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3.
Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu
aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan
dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan.
Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk
dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti
senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika
seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4.
Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan
zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup
cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami
dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan
aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kita perlu
mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan
tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan
menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih
ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita
semua mengambil langkah pencegahannya.
“Tepuk dada tanya selera”!!!
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit
Berbahaya
Pengambilan
makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda
sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana
pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan
risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar,
tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh
manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit
berbahaya?
1.
Kanser (Barah)
Makan
buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon,
perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan
risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
2.
Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu
kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan
risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak
mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol
Kurangkan
pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami
lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung
koronari.
4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah
lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko
tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan
risiko terhadap penyakit jantung koronari.
5.
Osteoporosis
Mendapat
kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai
dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan
kalsium.
6.
Spina Bifida
Mengambil
makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik
yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu
melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
Info dari:
Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)
Tips Diet Seimbang
Antara
beberapa tips diet seimbang
yang boleh diamalkan.
1.
Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak
kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya
ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik.
Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2.
Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang
pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan
beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan
protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang
soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
3.
Banyakkan minum air.
Air adalah
sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan
dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai
pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang
11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh
dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6
hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman
lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4.
Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya
lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja
dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan
pengambilan lemak berlebihan dengan:
· Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
· Menggunakan minyak masak dalam kuantiti
yang sedikit sahaja.
· Mengurangkan penggunaan santan atau
minyak kelapa dalam masakan.
· Memilih daging tanpa lemak, serta
membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
· Menghadkan penggunaan lemak yang boleh
dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
· Mengamalkan kaedah masakan alternatif
(seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
menggoreng.
5.
Kurangkan gula dan garam.
Makanan
yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi
banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau
serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan
menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang
berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan
jantung dan sebagainya.
Makanan
segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram
seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu
banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa
kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah
terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Sumber
dari UTUSAN PENGGUNA
1 comments:
Terima kasih atas perkongsian
Post a Comment