RSS

Friday 13 November 2015

BADAN SIHAT, OTAK CERDAS 


Kenapa kita perlu bersenam?


Setiap hari kita sering mendengar di televisyen dan di surat khabar mewarwarkan senaman sebagai gaya hidup sihat yang digalakkan oleh kerajaan dan institusi kesihatan. 
Namun, sejauh manakah kita faham kepentingan bersenam kepada diri kita?

 Segelintir masyarakat berpendapat bahawa melakukan senaman tidak penting apabila berat badan unggul telah diperoleh, namun adakah tanggapan ini benar?



Fakta: Bersenam mencegah penyakit 


Mencegah sakit belakang 

- Senaman menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh, sekali gus mampu mencegah sakit belakang.

Mengatasi obesiti 

- Senaman berterusan dan pada masa sama, mengamalkan diet seimbang, membantu mengawal masalah berat badan berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang.

Mengurangkan risiko kanser 

- Kajian perubatan mengesahkan bahawa tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko mendapat sesetengah jenis kanser.

Menangani perasaan bimbang dan tekanan 

- Bersenam secara konsisten mampu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan diri lebih positif dan tenang.

Menguatkan tulang 

- Senaman sederhana secara tetap menguatkan tulang dengan cara meningkatkan kandungan mineral, sekali gus mengurangkan risiko mendapat osteoporosis dalam jangka masa panjang. Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi haus dan lama-kelamaan rapuh serta mudah patah.

Mengurangkan risiko penyakit jantung 

- Senaman membantu mencegah obesiti, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

Mengurangkan kesakitan kedatangan haid 

- Sesetengah wanita mendapati senaman mengurangkan simptom kesakitan prahaid dan ketika haid.

Meningkatkan kualiti tidur 

- Senaman menggalakkan tidur lena apabila keletihan akibat aktiviti fizikal menyebabkan badan dan minda lebih mudah untuk tidur.





Kebaikan bersenam dalam jangka masa panjang

Bersenam dalam jangka masa panjang akan meningkatkan kecekapan kebanyakan organ tubuh manusia.


Kulit - Meningkatkan pengaliran darah ke kulit membuatkan perawakan kelihatan lebih sihat dan menarik.



Paru-Paru - Memperbaiki kecekapan paru-paru mengambil oksigen dari udara.



Jantung - Jantung yang lebih cekap meningkatkan pengaliran darah ke seluruh tubuh.



Sendi - Sendi yang kuat mengurangkan risiko kesakitan dan ketegangan apabila umur meningkat.



Otot - Kekuatan dan kecekapan menggunakan oksigen membolehkan otot bekerja untuk tempoh lebih lama.







Mari bersukan sambil menyanyi....!!!





3 comments:

NORAIN ARIS said...

Pas ni bolehla kte bersukan sambil menyanyi..hihi

Unknown said...

meningkatkan metabolisme bersenam ni...30 minit sehari pun dah ok...

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian

Post a Comment