Mama Ulya

RSS

Friday, 13 November 2015

BADAN SIHAT, OTAK CERDAS 


Kenapa kita perlu bersenam?


Setiap hari kita sering mendengar di televisyen dan di surat khabar mewarwarkan senaman sebagai gaya hidup sihat yang digalakkan oleh kerajaan dan institusi kesihatan. 
Namun, sejauh manakah kita faham kepentingan bersenam kepada diri kita?

 Segelintir masyarakat berpendapat bahawa melakukan senaman tidak penting apabila berat badan unggul telah diperoleh, namun adakah tanggapan ini benar?



Fakta: Bersenam mencegah penyakit 


Mencegah sakit belakang 

- Senaman menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh, sekali gus mampu mencegah sakit belakang.

Mengatasi obesiti 

- Senaman berterusan dan pada masa sama, mengamalkan diet seimbang, membantu mengawal masalah berat badan berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang.

Mengurangkan risiko kanser 

- Kajian perubatan mengesahkan bahawa tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko mendapat sesetengah jenis kanser.

Menangani perasaan bimbang dan tekanan 

- Bersenam secara konsisten mampu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan diri lebih positif dan tenang.

Menguatkan tulang 

- Senaman sederhana secara tetap menguatkan tulang dengan cara meningkatkan kandungan mineral, sekali gus mengurangkan risiko mendapat osteoporosis dalam jangka masa panjang. Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi haus dan lama-kelamaan rapuh serta mudah patah.

Mengurangkan risiko penyakit jantung 

- Senaman membantu mencegah obesiti, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

Mengurangkan kesakitan kedatangan haid 

- Sesetengah wanita mendapati senaman mengurangkan simptom kesakitan prahaid dan ketika haid.

Meningkatkan kualiti tidur 

- Senaman menggalakkan tidur lena apabila keletihan akibat aktiviti fizikal menyebabkan badan dan minda lebih mudah untuk tidur.





Kebaikan bersenam dalam jangka masa panjang

Bersenam dalam jangka masa panjang akan meningkatkan kecekapan kebanyakan organ tubuh manusia.


Kulit - Meningkatkan pengaliran darah ke kulit membuatkan perawakan kelihatan lebih sihat dan menarik.



Paru-Paru - Memperbaiki kecekapan paru-paru mengambil oksigen dari udara.



Jantung - Jantung yang lebih cekap meningkatkan pengaliran darah ke seluruh tubuh.



Sendi - Sendi yang kuat mengurangkan risiko kesakitan dan ketegangan apabila umur meningkat.



Otot - Kekuatan dan kecekapan menggunakan oksigen membolehkan otot bekerja untuk tempoh lebih lama.







Mari bersukan sambil menyanyi....!!!





3 RESEPI IKAN PATIN

23 RESEPI IKAN PATIN
SUMBER : UNCLE GOOGLE 








1. Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
(a) 4 ketul ikan patin.
 (b) Bahan kisar - 3 ulas bawang merah, 15 biji cili api (ikut suka), tempoyak 3 sudu dan air setangah cawan.
 (c) serai 2 batang dititik
 (d) gula (bergantung pada rasa tempoyak. Jika terlalu letak la gula).
 (e) Garam secukup rasa (f)
Cara-cara
1. Ikan patin di gaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Masukkan kedalam periuk ikan patin dan bahan (b) dan (c). Gaul sehingga sebati. Perap dalam 5 minit.(Belum diletak diatas dapur gas). 3. Letak periuk atas api (api kecil) sehingga ikan patin separuh masak. 4. Masukkan air 2 cawan dan besarkan api. Tunggu hingga mendidih. 5. Masukkan garam, kunyit dan gula (jika perlu). 6. Sedia untuk dihidang.


2.SINGGANG PEDAS IKAN PATIN

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 ekor ikan patin yang sederhana 7 ulas bawang putih 1/2 inci kunyit hidup 5 sudu besar cili giling 3 biji cili api 3 batang serai 4 keping asam gelugur (blh ditambah atau dikurangkan mengikut selera) 2 biji tomato 1 inci lengkuas air 8 gelas (mengikut saiz ikan )
Cara-cara
Bersihkan ikan patin dan dibasuh dengan sedikit tepung gandum. Tumbuk kunyit hidup dan cili api. Potong lengkuas nipis-nipis, bawang putih dimayang halus, serai diketuk, tomato dipotong empat, Panaskan air- masukkan kunyit + cili api+cili giling+asam gelugur +bawang putih + garam- biarkan mengelagak dan sebati rempah ratus. Masukkan daun kesum+serai + ikan- biarkan ikan masak tetapi usah terlalu lama sangat Masukkan tomato- biarkan seketika Rasa garam sekali lagi.... Kemudian....." Abang, makanan dah siap jom makan...)"

Thursday, 12 November 2015

HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI!!!

Apa itu demam denggi?

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Apakah tanda-tanda saya dijangkiti demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Ayuh kita mengenali kitaran hidup nyamuk aedes .....

video mengenai kitaran hidup nyamuk aedes


BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH???



  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
    • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
    • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
    • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
    • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

BAHAYA ROKOK


15 Kandungan Berbahaya pada Rokok  
Telah diketahui secara umum bahwa merokok merupakan kebiasaan yang bisa merusak kesehatan orang yang merokok dan orang di sekitarnya. Rokok menjadi berbahaya karena megandung bahan kimia yang berbahaya di dalamnya. Sebisa mungkin hindarilah kebiasaan ini, jika Anda tidak bisa menghentikan kebiasaan merokok, ada baiknya mencoba cara menghentikan kebiasaan merokok dari kami.
Apabila secara terus-menerus terkena paparan rokok, maka kandungan bahan kimia yang berbahaya dalam rokok bisa menyebabkan penyakit. Rata-rata satu batang rokok memiliki kandungan hingga 3.000 lebih bahan kimia berbahaya.
Dibawah ini akan kami ungkapkan bahan-bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam rokok yang harus diketahui.


1. Nikotin
Rokok mengandung nikotin yang sangat tinggi. Zat nikotin dalam rokok berasal dari tembakau. Nikotin dapat mengakibatkan kanker serta merusak struktur DNA.

2. Benzene
Benzene merupakan petrokimia yang diipakai untuk men-dry clean pakaian. Bahkan kandungan benzene adalah karsinogen yang dapat mengakibatkan kanker darah.

3. Arsenik
Arsenik adalah logam yang bisa meracuni darah dengan mudah. Terlebih sudah banyak pekerja pabrik yang meninggal karena keracunan arsenik. Kemampuan sel untuk memperbarui diri dapat tergganggu karena akumulasi arsenik.

4. Tar
Tar yang sifatnya karsinogenik timbul ketika rokok dibakar. Tar bisa menyebabkan beraneka ragam penyakit seperti kanker, impotensi, penyakit jantung, penyakit darah, bronkitis kronik, enfisema serta gangguan kehamilan dan janin.

5. Formaldehida
Formaldehida merupakan bahan kimia yang berfungsi untuk mengawetkan mayat. Nah, zat berbahaya ini bahkan terdapat pada rokok.

6. Aseton
Aseton merupakan bahan kimia yang terdapat pada penghilang cat kuku. Rokok juga memiliki kandungan aseton. Berbahaya jika zat aseton masuk melewati saluran udara serta bersemayam di paru-paru.


7. Karbon Monoksida
5% dari asap rokok merupakan karbon monoksida. Karbon monoksida adalah gas beracun yang bisa menempel pada sel darah merah serta mengganggu pengangkutan oksigen dalam darah sehingga menimbulkan kerusakan pada paru-paru serta berpotensi menyebabkan penyakit koroner.




8. Amonia
Aroma amonia bisanya tercium pada pembersih toilet. Bahan kimia ini dapat mengakibatkan rasa pusing tatapi menyebabkan kebiasaan merokok menjadi sangat candu.

9. Kadmium
Kadmium merupakan satu diantara logam-logam bahan untuk membuat baterai. Bagi orang yang merokok, zat kadmiun yang terhirup akan tersimpan di lapisan ginjal sehingga dapat mengakibatkan kerusakan ginjal.

10. Nitrogen Oksida
Pabrik dan mobil menghasilkan polutan udara berupa nitrogen oksida. Zat ini juga terkandung dalam asap rokok. Gas beracun ini bisa mengakibatkan radang paru-paru.

11. Kromium
Kromium adalah logam yang terbukti mengakibatkan kanker. Kromium menempel pada DNA serta merusaknya, sehingga membuat zat kromium lebih berbahaya untuk kesehatan.

12. Naftalena
Naftalena adalah bahan kapur barus yang berfungsi untuk mengusir serangga ataupun tikus dari pakaian. Bahkan rokok juga mengandung bahan berbahaya ini. Betapa berbahayanya menghisap bahan kapur barus dari mulut.

13. Hidrogen Sianida
Masyarakat umum telah mengetahui kalau sianida merupakan racun paling cepat di dunia. Jika dikombinasikan dengan hidrogen, zat kimia ini mampu membuat rusak silia di saluran bronkial serta paru-paru. Sebenarnya manfaat rambut halus seperti silia mampu mengeluarkan racun dalam udara yang dihirup.

14. Timbal
Timbal juga merupakan karsinogen. Kenaikan kadar timbal pada darah bisa mengakibatkan keracunan, terlebih lagi bisa mengakibatkan kematian.

15. Kumarin


Kumarin adalah zat adiktif organik pada bahan tambahan makanan yang sekarang sudah dilarang oleh standar dunia. Tetapi zat ini masih digunakan dalam pembuatan rokok.







Friday, 6 November 2015

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kepentingan Makanan Berkhasiat


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, 

“ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  

kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya.

 “Tepuk dada tanya selera”!!!




  
 Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya



Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)




Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.


Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.




4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

   ·     Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
·     Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  ·  Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  ·   Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
 · Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
 ·  Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula dan garam.


Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.



Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA